SUKAN DAN PERPADUAN
Sukan merupakan aktiviti untuk menyatukan orang dari pelbagai latar belakang dan budaya. Melalui sukan rakyat dapat berkumpul ,berinteraksi dan bekerjasama tanpa mengira kaum. Ini dapat membina perpaduan yang kukuh.Apabila rakyat dari pelbagai latar belakang bersatu untuk menyokong pasukan kebangsaan ia menggalakkan semangat perpaduan dan kebangsaan. Sukan juga memberi peluang kepada pelbagai kaum untuk berinteraksi dan bekerjasama dalam satu matlamat yang sama. Ini membantu mengurangkan perbezaan dan memperkukuhkan ikatan di antara masyarakat Malaysia.