Sunday, 12 May 2024

isi 2

 BIDANG sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum. Bagi Merak Jalanan, ini bukan retorik tapi satu realiti yang berlaku.


Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat dicapai. Semuanya bersatu. Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu citra - Harimau Malaya perlu menang. Bila kalah, sama-sama kecewa. Tapi menang sama-sama, kalah pun sama-sama.


Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta

No comments:

Post a Comment

Pendahuluan

  SUKAN DAN PERPADUAN   Sukan merupakan aktiviti untuk menyatukan orang dari pelbagai latar belakang dan budaya. Melalui sukan rakyat dapat ...